Followers

♥ kisah ringkas hidup jujai ♥ suri rumah berjaya ♥ home made bakery ♥ anak bongsu 3 beradik ♥ sayang ummi ♥ 14 july 1992 ♥ Diploma Pastry and Bakery ♥ OWNER Jujai's Fabulous Cakes ♥ JFC opened since 12 MAY 2012 ♥ hijau putih ungu red ♥ LOVE COOKING ! DESSERT ! ♥ suka berBLOGGER ♥ lastly ! I LOVE YOU ALL ! ♥ thank you for support me ♥ ♥

Sunday, May 22, 2011

ummi :)



Tiba2 ingat dekat ummi , ummi seorang ibu tunggal membesarkan Ahmad Anas & Muhd Saifullah dan aku yang terakhir :) Siti khadijah . Hmm kasihnya ummi membawa ke syurga. Ummi adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ummi kepada anak-anak sudah tersemai sejak kami di dalam kandungan lagi dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.

Pengorbanan ummi adalah bermula dari mengandungkan kami di dalam rahimnya selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan kami untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. ummi , kini baru kusedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.

Sungguh mulia pengorbanan seorang ummi , Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).

Kasihnya seorang ummi kepada kami begitu hebat hingga tak mampu untuk kami mengukurnya. Bak umpama air dicincang tidak akan putus, begitulah tingginya nilai kasih seorang yang bergelar ummi .

Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayangmu ummi. ummi adalah sumber inspirasi yang terbesar buat kami. Walaupun hatimu bersedih, dikau sanggup menyembunyikan kesedihanmu itu demi membuatkan anak-anakmu bahagia. Gelak tawa anak-anakmu adalah penawar segala kepahitan yang dikau alami. Ummi, kaulah insan yang mengajar kami tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupanku. Ku doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungi mendapat tempat di sisi Allah SWT.Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ummi begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandangan Allah.

Akhirnya, sebagai kesimpulan hargailah ummi masing masing :) selagi mereka masih hidup. Tanpa ummi, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa. Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ummi. Tanpa ummi, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ummi. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ummi , tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya.Siapa induk itu? Induk itulah ummi .Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah,Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah.Muliakanlah ummi kami.



2 comments:

Miss Green Rose said...

sedih nye.. touching2 :'(

JUJAI :) said...

oloh2 , bahh nanti ko da ada anak , anak ko plak cakap cmni untk ko :) hihi