Followers

♥ kisah ringkas hidup jujai ♥ suri rumah berjaya ♥ home made bakery ♥ anak bongsu 3 beradik ♥ sayang ummi ♥ 14 july 1992 ♥ Diploma Pastry and Bakery ♥ OWNER Jujai's Fabulous Cakes ♥ JFC opened since 12 MAY 2012 ♥ hijau putih ungu red ♥ LOVE COOKING ! DESSERT ! ♥ suka berBLOGGER ♥ lastly ! I LOVE YOU ALL ! ♥ thank you for support me ♥ ♥

Saturday, April 28, 2012

Nikmat mu Tuhan Sungguh Besar (:



apabila kita asyik duduk termenung,
memikirkan nasib diri di sini
merenung jauh mereka di sana,
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya...


ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya 
selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,
dengan faktor kekayaan
walaupun itu boleh menjadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya...


betapa ramai orang berada dalam rumah yang besar,
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena daripada kita...


ada orang yang berada dihadapannya hidangan yang hebat,
lauk pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk
tapi dia lebih sedap dan selesa makan...


kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat
semua orang sangka kalau orang tu ada rumah besar,
ada makanan yang sedap, tentulah hidupnya bahagia dan tenang
belum tentu


tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT
jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,
dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang,
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun


jika Allah uruskan urusan kita,
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa,
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah


jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
apa yang orang rasa rugi, Allah akan berikan keuntungan 
yang mana jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan...


apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...
tuan-tuan tengoklah dunia ini
kadang-kadang manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia,
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya...


berapa banyak dalam kehidupan tuan-tuan mengalami keperitan hidup?
cuba ingat.
ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tak dapat keluar daripadanya
tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik


ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini...


ketika kita kata "Ya Allah tolonglah aku, Ya Allah tolonglah aku, aku susah Ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa pada perkataan itu
dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya...


orang orang yang diberitahu kepada mereka,
"Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun orang nak amik tindakan kepada hang"
"Nun orang nak amik tindakan kepada kau"
"Nun orang nak bertindak kepada kau"


kata Allah, iman dia tambah
bukan kita kata "Pasai apa la Allah benci aku? Apa dosa aku?
tidak! tidak!
kata Quran, iman mereka bertambah
mereka kata "Hasbunallah wa ni'mal wakil"
"Cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik baik kami diserahkan urusan"


pengalaman sering mematangkan kita...
sapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
orang orang yang pernah hidup dan bertawakal,
dia akan mendengar tentang keajaiban bertawakal
bila hati insan bulat kepada Ya Rabbi
"Ya Allah, aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah"


kita sering lupa kita masih punya kehidupan diakhirat
apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas


Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim
"Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini. Allah ambil dia. Allah masukkan dia ke dalam Syurga. dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam Syurga. kemudian dia dikeluarkan. lalu ditanyanya. Wahai Fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup? dia kata tak. aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
hanya kerana masuk sekelip mata didalam syurga, lupa cerita derita.


"Allah amik manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. segala yang nikmat Allah masukkan dia dicelup sahaja ke dalam neraka. lalu dikeluarkannya. lalu Allah bertanya, pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini? dia kata tak. aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
hanya kerana satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.


masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?
kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawa apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar...


suatu hamba Allah yang patah kakinya, 
yang dia tidak pernah pun sebutpun nikmat kaki yang selalu dia pijak setiap hari
tetapi apabila satu hari dia sakit kaki
dia kata, "Ya Allah, bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
dia tau besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
kata Hamka, "Yang ada ini sudah harapan kita"
yang kita ada ni harapan kita tapi bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada


bersyukurlah wahai diri ini
sebab itu sebahagian para sarjana menyebut,
"syukur kadang-kadang lebih tinggi makamnya daripada sabar"
ramai orang terpaksa sabar, tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
bila susah nak kata apa "sabaq je la, nak buat apa"
tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan tuan
syukur di atas nikmat...


"Ya Allah, apa sahaja yang aku alami daripada nikmatMu, daripada kurniaan, daripada sesiapa di kalangan hambaMu, tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada engkau wahai Tuhan. bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran"


Subhanallah
insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
"Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu"


tuan tuan, bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan,
kita akan merasa, MasyaAllah hidup ini...
apa yang Allah kurnia kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya...


tapi kalau tuan tuan ingat daripada hari tuan tuan dilahirkan,
tempat tuan tuan dilahirkan,
rumah tuan tuan dilahirkan,
sehingga tempat tuan tuan ada pada hari ini
MasyaAllah!
tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu


Pesanan Nabi buat umatnya
"ketika orang orang yang kafir itu mengeluarkan dia,
ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar
ketika mereka berada di dalam gua
ketika dia berkata dengan sahabatnya
La Tahzan! Inna Allaha ma'a na
Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita"


Cintakan Tuhan (:

No comments: