Followers

♥ kisah ringkas hidup jujai ♥ suri rumah berjaya ♥ home made bakery ♥ anak bongsu 3 beradik ♥ sayang ummi ♥ 14 july 1992 ♥ Diploma Pastry and Bakery ♥ OWNER Jujai's Fabulous Cakes ♥ JFC opened since 12 MAY 2012 ♥ hijau putih ungu red ♥ LOVE COOKING ! DESSERT ! ♥ suka berBLOGGER ♥ lastly ! I LOVE YOU ALL ! ♥ thank you for support me ♥ ♥

Saturday, June 25, 2011

Cinta Agung :'(

hm baru pas solat :) rasa tenang jee malam ni ..
Tuhan permudahkan lahh segala urusan ku , Kuatkan aku bila aku lemah .
Ingatkan aku bila aku lalai , harapan tinggi cinta dari - Mu :'(

sambil dgr nasyid

*Cinta Agung by Qatrunnada ~

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku


kecik2 dulu selalu sgt nasyid lagu ni , ummi pon hafal hehe .
ummi mmg berhati mulia , law nak tau aku dulu law ummi panggil mengaji mesti buat2 ada keje sekolah lahh , tidur lahh , mcm2 kecik2 an , ummi mesti suruh jgk , law salah ummi tak penah nak cubit ke ape ke , rotan ke .. tapi ummi tegas , dalam bab solat hmm .
tapi ummi sllu cite , law ummi mgaji ngn jaddah mesti kene , law ngn jad plak siap pegang rotan lagi kat tepi , wuff ~~ tapi lame2 da tbiasa buat memandangkan aku yang paling kecik , hee manje sikit , aku ikut jela ape ummi suh , sampai lahh sek menengah , malam2 law ada masa mesti mengaji ngn ummi .. tapi sekarg aku makin jauh dgn Tuhan . hm dalama aku ta mengaji , maafkan hamba mu Ya Allah , cuma kadang2 ada masa luang lpas solat sbelum baca doa , aku just baca al fatihah , 4 qul , selawat .

Tuhanku
aku tidak layak untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
tak sanggup menanggung
siksa nerakaMu.
dari itu kurniakanlah
keampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar
dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
dengan rahmatMu
ampunkan daku..
Oh Tuhanku..... ;"(

tuh je yang mampu . lagi busy lagi jauh aku ngn tuhan . hm kdg2 rasa takut sgt ~ hm tapi aku mudah lalai ~~ Tuhan maafkan aku :(

yang bawah ni nasyid fav aku , bila nasyid mase kecik2 mesti nangis ,
nangis kerana dugaan yang besar Tuhan beri pada Ummi yg mbesarkan kami sendirian sbgai ibu tunggal . nangis kerana tidak kuat seperti ummi yang sangat tabah :( dan aku takut kehilangan ummi :( ummi maafkan ija :(
saya sayang PUAN RUZITA BT HJ HAMIN / AHMAD ANAS / MUHD SAIFULLAH :)

Mawaddah Kecil - Kesusahanku

Kesusahanku di masa kecilku
Mengenalkan aku erti penderitaan
Kerana itulah aku tidak boleh
Mendengar orang menderita
Aku suka sekali menolong mereka

Kematian ibuku di waktu kecilku
Mengenangkan aku betapa sedihnya
Orang tak beribu kerana itulah aku simpati
Kanak-kanak yang tidak beribu
Inginnya aku menghiburkannya
Inginnya aku menggembirakannya

Kesusahanku di dalam kehidupan
Di dalam semua aspek pengalaman
Di dalam makan minum
Di dalam tempat tinggal
Di dalam berpakaian
Menjadikan aku sensitif dengan penderitaan orang

Rupanya pengalaman di dalam kehidupan
Banyak pengalaman dan juga didikan
Banyak menyedarkan dan menginsafkan
Sangat berguna buat perjuangan masa depan
(Back to Column 1,3 dan 4)

Itulah hikmahnya aku tidak mendapat pelajaran tinggi
Kerana keadaan kehidupan yang susah selalu menghalang
Tapi aku berpeluang belajar dengan kehidupan
Di sinilah aku dapat ilmu dan pengalaman (2x)

Aa... Aaa... Aaa.. Aaaaa...

:( maafkan aku .

7 comments:

Han Alfi said...

sy suka entry ni ;)
Hii sweeetie, done follow u.. hope can follow back ;)

http://hanchrysanthemum.blogspot.com/

belog|amiyo said...

lirik lagu insaf ni. hehe

AdaNaz87 said...

kalau kita sentiasa ingat Allah, pasti Allah akan sentiasa ingat kita samada susah atau senang. yang penting kita tidak tersasar jauh dari landasannya dan masih berpegang teguh pada agama Islam. thanks ingatkan! ((;

Unknown said...

hye :) kamu terpilih di antara 50 org ya! :)

Jujai's Fabulous Cakes said...

belog amiyo : hehe , sedap taw law dgr , lapang je hati ~

Jujai's Fabulous Cakes said...

AdaNaz87 : hehe , same2 laa kite :D

Jujai's Fabulous Cakes said...

sis Ezan Idma : thankss :)